TUJUAN :
Penerangan ini adalah bertujuan untuk
menerangkan mengenai mikrometer dalam bengkel supaya dapat membentuk tabiat
kerja yang sempurna serta mengikut etika kerja yang betul. Bagi komponen-
komponen yang memerlukan ketepatan yang tinggi / jitu, kerja- kerja pemeriksaan
dan pengukuran memerlukan alat yang lebih sesuai seperti mikrometer dimana ia
mempunyai ketepatan yang lebih tinggi berbanding angkup vernier.Penerangan ini menerangkan dengan lebih
lanjut prinsip penggunaan mikrometer
1.0 Pengenalan mikrometer
Mikrometer dikelaskan kepada tiga jenis berdasarkan penggunaan yang berbeza seperti :
Mikrometer dikelaskan kepada tiga jenis berdasarkan penggunaan yang berbeza seperti :
1.
Mikrometer
Luar (External micrometer)- digunakan untuk mengukur bahagian luar benda kerja
contohnya diameter luar dan ketebalan.
2.
Mikrometer
Tolok Dalam (Depth gauge micrometer)- digunakan untuk mengukur kedalaman serta
ketinggian benda kerja.
3.
Mikrometer
Dalam (Internal micrometer)- digunakan untuk mengukur bahagian dalam benda
kerja contohnya diameter dalam.
2.0
BAHAGIAN- BAHAGIAN
MIKROMETER
Gambarajah 2.0 bahagian mikrometer
i. Frame
(Bingkai)
Berbentuk separuh bulatan. Dipasang bersama
spindal di sebelah kanan anvil di sebelah kiri.
ii. Anvil
(Andas)
Berfungsi sebagai satu titik rujukan pengukuran. Ia dipasang dengan tip
tungsten karbida yang dikimpal loyangkan
pada bahagian mukanya supaya
tidak haus
iii. Spindal
(Spindle)
Terdapat bebenang yang
boleh berputar dengan bantuan nut yang dilekatkan pada jidal
Apabila
jidal diputar, spindal juga turut
bergerak. Terdapat tip tungsten karbida yang dikimpal
loyangkan pada permukaan ukurannya dan ia rata serta
bersudut tepat dengan paksi
mikrometer.
iv. Thimble
(Jidal)
Muka lilitan pada jidal senggatkan kepada 50bahagian yang sama.Setiap bahagian bersamaan dengan 0.01mm. pergerakan jidal dikawal oleh bebenang skru yang tedapat dalam binaa mikrometer.Satu pusingan bebenang
skru adalah bersamaan dengan 0.5mm
v. Rachet
stop ( Penganjak halus)
Terletak pada bahagian hujung jidal.
Fungsinya ialah untuk memastikan
ketepatan ukuran yang diperolehi dimana ia dapat mengawal dan
mengelakkan jidal daripada diputar keterlaluan.
vi. Lock
nut (nat pengunci)
Berfungsi untuk mengunci pergerakan pada bebenang mikrometer. Ini
bermakna spindal, jida dan penganjak halus
tidak akan bergerak apabila
dikunci.Ini bertujuan untuk mendapatkan bacaan
yang tepat.
3.0
EXTERNAL MICROMETER
Terdapat beberapa jenis External micrometer iaitu:
a.
Mikrometer bebenang
b.
Mikrometer meja
c.
Mikrometer tiub
d.
Mikrometer hujung tajam
e. Mikrometer bentuk v
f. Mikrometer tolok dalam
g. Mikrometer dalam
h. Mikrometer jenis angkup
3.1 MIKROMETER BEBENANG
Gambarajah 3.1 mikrometer bebenang
Ia digunakan untuk mengukur atau menguji diameter pic secara terus pada bebenang luar atau ulir skru. Bahagian anvil dibuat berbentuk ‘V’ dan bahagian spindal dibuat berbentuk hujung tajam. Bacaan yang diambil adalah jarak diantara garisan- garisan pic. Biasanya micrometer jenis ini dibekalkan bersama dengan satu set anvil yang boleh ditukar- tukar bergantung kepada saiz pic bebenang yang diukur.
3.2 MIKROMETER MEJA
Gambarajah 3.2 mikrometer
meja
Ia digunakan untuk membuat pemeriksaan
komponen- komponen pengeluaran yang banyak (mass production) dalam julat
tekanan yang sesuai dimana ia bergantung pada jenis bahan yang diperiksa.
Mikrometer ini mempunyai julat pengukuran dalam tekanan yang paling minima yang
mampu mengukur saiz bahan benda kerja yang lembut seperti kertas, plastic dan
sebagainya.
3.3 MIKROMETER TIUB
Gambarajah 3.3 mikrometer
tiub
Mikrometer
jenis ini sangat sesuai untuk mengukur ketebalan tiub.
3.4 MIKROMETER HUJUNG TAJAM
Gambarajah 3.4 mikrometer
tajam
Ia digunakan untuk mengambil ukuran pada bahagian yang
sempit dimana permukaan ukuran pada spindal dan anvil terlalu besar saiznya
berbanding permukaan ukuran pada benda kerja yang diukur.
3.5
MIKROMETER BENTUK- V
Gambarajah 3.5 mikrometer
bentuk v
Sesuai untuk membuat
pemeriksaan pada tap. Terdapat dalam dua sudut anvil iaitu 60°
dan 108°. Sudut anvil 60° digunakan untuk tap yang
mempunyai 3 ‘flute’ dan sudut anvil
108° digunakan untuk tap yang
mempunyai 5 ‘flute’.
3.6 MIKROMETER TOLOK DALAM
Gambarajah 3.6 mikrometer
tolok dalam
Ia
digunakan untuk mengukur kedalaman lubang atau lurah pada benda kerja dan juga boleh digunakan untuk mengukur ketinggian. Jarak pengukuran dikira dari
permukaan rata kepada satu titik yang dikehendaki pada permukaan dalam benda
kerja.
Digunakan untuk mengukur bahagian
dalam pada benda kerja seperti diameter dalam lubang, lebar lurah dan
sebagainya. Terdapat dalam tiga jenis iaitu;
a.
Mikrometer
dalam (inside micrometer)
b.
Mikrometer
dalam jenis angkup (caliper type inside micrometer)
c.
Holtest
Gambarajah 3.7 mikrometer
dalam
Mikrometer jenis ini
mempunyai ‘rod’ yang berbeza saiz. Penggunaan rod yang berbagai
saiz ini
bergantung kepada saiz diameter dalam lubang yang perlu diukur. Pada permukaanbahagian hujung rod terdapat tip karbida untuk mengelakkan daripada kehausan
3.8 MIKROMETER DALAM JENIS ANGKUP
Gambarajah 3.8 mikrometer dalam jenis
angkup
Ia mempunyai angkup pada kedua - dua bahagian anvil dan spindal.mikrometer ini sangat
sesuai mengukur lurah yang kecil
4.0
CONTOH BACAAN MIKROMETER
Gambarajah 4.0
bacaan mikrometer
• Contoh 1
- Baca pada thimble = 15 x 0.01 mm
= 0.15 mm
- Jumlah bacaan = 8.00 mm + 0 + 0.15 mm
= 8.15 mm
• Contoh 2
- Bacaan pada sleeve = 26.00 mm x 0.01mm
- Bacaan pada thimble = 0.26 mm
- Jumlah bacaan 5.76 mm
5.0 PENJAGAAN MIKROMETER
Penjagaan mikrometer sangat penting supaya ketepatannya
tidak berkurang dari semasa ke semasa dan tidak cepat rosak. Langkah- langkah
penjagaan mikrometer adalah seperti berikut;
- Pastikan ia sentiasa berada dalam keadaan bersih. Simpan di tempat yang selamat dan bersihkan sebelum dan selepas menggunakannya.
- Elakkan daripada memutar terlalu kuat pada penganjak halus semasa membuat pengukuran. Ini untuk mengelakkan keroskan pada penganjak halus tersebut dan juga permukaan spindal dan anvil.
- Bersihkan permukaan spindal dan anvil sebelum dan selepas menggunakannya dengan cara menggosok kain lembut atau kertas nipis diantara permukaan spindal dan anvil yang hampir rapat.
- Periksa ketepatan skala pada mikrometer dengan merapatkan spindal kepada anvil secara perlahan- lahan dan pastikan garisan ‘0’ pada jidal sejajar dengan garisan rujukan pada laras. Ini juga boleh dilakukan dengan menggunakan ‘gauge block’ yang bersaiz tertentu contohnya 10mm dan pastikan bacaan pada mikrometer juga 10mm.
- Sebelum menyimpan mikrometer, pastikan spindal dan anvil dijarakkan sedikit untuk mengelakkan kerosakan pada kedua- dua permukaan akibat daripada pengembangan haba.
- Sebelum meletakkan spindal dan anvil, pada permukaan benda kerja yang hendak di ukur,biarkan spindal dibuka lebih sedikit daripada ukuran sebenar pada benda kerja. Kaedah ini dilakukan dengan cara memusingkan jidal menggunakan tapak tangan dan BUKAN dengan cara memusingkan penganjak halus mikrometer tersebut.
- Jangan pusing bingkai mikrometer dengan cara memegang jidal kerana akan merosakkan bebenang.
thank for the information
ReplyDeleteNice...thank for information
ReplyDeleteWater Hack Burns 2lb of Fat OVERNIGHT
ReplyDeleteAt least 160,000 men and women are hacking their diet with a easy and SECRET "liquids hack" to burn 2 lbs each night while they sleep.
It's easy and it works every time.
This is how to do it yourself:
1) Get a drinking glass and fill it with water half full
2) Now follow this crazy HACK
and you'll become 2 lbs skinnier as soon as tomorrow!